Sunday, August 15, 2010

umrah dan haji.

Pakej umrah banyak company dan syarikat yang buat, tapi pilih lah syarikat yang ada track rekod yang bagus...

Lebih bagus buat umrah dan haji.

Tuesday, August 10, 2010

Pakej Ziarah

Ziarah Madinah

Pengharaman Kota Madinah dan Sempadan Haramnya
Rasulullah s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah mengharamkan Kota Mekah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) Kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.

Sempadan Haram Kota Madinah Munawwarah:

1.

Kawasan yang terletak di antara dua batu hitam: Dua batu hitam ialah: Dua gurun yang panas di timur dan suatu ketika dahulu dikenali dengan gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.


2.

Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga-tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil atau Aqir iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang ke perlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah (berhampiran Universiti Islam).


3.

Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier.

*

Thur ialah bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah. Kini di sebelah belakangnya terdapat jalan menuju ke lapangan terbang.

*

'Ier ialah bukit hitam besar yang terletak di sebelah barat daya Zul Hulaifah (kini dikenali dengan Abar Ali). Terdapat lebuhraya di lereng sebelah baratnya.


1.

Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain).


2.

Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.

Haji umrah pakej

Definisi Haji:
Haji dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Haji dari sudut Syarak: Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.
Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji.

Haji Tamattu`
Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.

Haji Qiran
Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam.

Haji Ifrad
Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.

Hukum dan Dalilnya:
Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, samada lelaki atau perempuan.

Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.

Dalil dari Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Islam dibina atas lima rukun." baginda menyebut di antaranya ialah ibadat Haji.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua! Sesungguhnya Allah telah memfardhukan ibadat Haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat Haji. Lalu seorang lelaki bertanya baginda: Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Rasulullah s.a.w menjawab: Jika aku katakan Ya, nescaya kamu wajib mengerjakannya pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat Haji ketika kamu berkemampuan."

Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.

Pakej Haji

Pakej Haji
Pakej Haji dan umrah
Pakej Umrah dan haji

Pakej Umrah dan Ziarah

Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

1. Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:

Tan'im

:

Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.

Wadi Nakhlah

:

Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.

Ja'ranah

:

Di sebelah timur sejauh 16 km.

Adhah

:

Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Hudaibiyah

:

Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.


Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.

3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.