Tuesday, August 10, 2010

Pakej Umrah dan Ziarah

Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

1. Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:

Tan'im

:

Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.

Wadi Nakhlah

:

Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.

Ja'ranah

:

Di sebelah timur sejauh 16 km.

Adhah

:

Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Hudaibiyah

:

Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.


Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.

3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.

No comments:

Post a Comment